MISI BANTUAN KEMANUSIAAN JAKEL ROHINGYA RUN DI COX’S BAZAR BANGLADESH
Datuk Seri Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel (Pengarah Urusan Kumpulan Jakel) telah berangkat ke Bangladesh untuk menyerahkan sumbangan kepada etnik Rohingya di Bangladesh.
Misi kemanusian ini adalah lanjutan daripada Jakel Charity Run For Rohingya 2017 yg telah dianjurkan pada bulan Disember lepas. Sumbangan yang akan diserahkan adalah hasil daripada kutipan bayaran penyertaan para peserta dan pihak Jakel Trading sendiri serta daripada para penaja.
Turut menyertai misi kemanusiaan ini adalah En. Erfan Ghani Bin M A Ghani (Pemilik Erfan Books Store), En. Noor Amran Bin Abd Jalil (Noor Amran & Associates), En. Shah Hakim Bin Zain (Ketua Pegawai Eksekutif Scomi Group Bhd) dan En. Mohammed Yusoof Bin Muhammad Yunis. Selain itu turut bersama adalah wartawan daripada Berita Harian dan News Straits Time yang akan membuat liputan sepanjang lawatan ke sana.
Kami dari pihak pengurusan Jakel Group mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama sama menjayakan Jakel Charity Run For Rohingya 2017 dan sudi menghulurkan sumbangan bagi bersama sama membantu rakyat Rohingya.
Bersama-sama kita mendoakan agar misi kemanusiaan ini dipermudahkan dan berjalan lancar supaya matlamat objektif misi ini berjaya dilaksanakan.