A designer is an emerging synthesis of artist, inventor, mechanic, objective economist, and evolutionary strategist.
Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel (Pengarah Urusan Kumpulan Jakel) telah berangkat ke Bangladesh untuk menyerahkan sumbangan kepada etnik Rohingya di Bangladesh.
Misi kemanusian ini adalah lanjutan daripada Jakel Charity Run For Rohingya 2017 yg telah dianjurkan pada bulan Disember lepas. Sumbangan yang akan diserahkan adalah hasil daripada kutipan bayaran penyertaan para peserta dan pihak Jakel Trading sendiri serta daripada para penaja.
Alhamdulillah saya kini berada di Bangladesh. Amanat telah di sampaikan kepada sebahagian penerima Rohingya di Cox’s Bazar pada tenghari dan petang tadi. Misi pengagihan sumbangan akan diteruskan esok.
Datuk Hj Mohamed Faroz diiringi beberapa wakil lain dari Malaysia yang kini berada di Bangladesh sedang giat menyampaikan bantuan hasil daripada sumbangan yang diperolehi dari JAKEL CHARITY RUN FOR ROHINGYA pada Disember lepas.